BM | EN | 中文

34 pelajar cemerlang SPM dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan terima tajaan Petronas

petronas.jpg
Advertisement

MELAKA, 29 SEPT: Seramai 34 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menerima tajaan menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) tahun ini bagi melanjutkan pengajian di pelbagai universiti tempatan dan luar negara.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan Sazli Zakaria berkata komitmen syarikat berkenaan terhadap bidang pendidikan dan pembangunan modal insan sejak 46 tahun lepas tetap diteruskan walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19.

‘Menerusi PESP ini diharap ia memberi semangat baharu kepada penerima meneruskan pembelajaran dan memperoleh kejayaan yang cemerlang walaupun ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai fasilat mencukupi terutama di luar bandar,’ katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Advertisement

Sazli berkata bagi mematuhi sekatan pergerakan akibat COVID-19, pemilihan PESP yang mellbatkan lebf h 10,000 permohonan Itu dilaksanakan secara dalam talian dengan kerjasama Kementerlan Pendidikan dan plhak berkuasa tempatan.

Petronas memperuntukkan lebih daripada RM120 juta untuk penajaan menerusi PESP tahun ini dan ia telah diperluas merangkumi dislplin ilmu lain sepertl Biokimia, Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran dan Perdagangan) serta Sains Alam Sekitar untuk menyokong agenda kelestarian dan tenaga berslh Petronas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top