BM | EN | 中文

34 KANAK-KANAK SERTAI PROGRAM KHATAN KPJ BANDAR DATO ONN

kpj-bandar-dato-onn-khatan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn buat pertama kali menganjurkan program khatan beramai-ramai sebagai menunaikan tanggungjawan sosial kepada masyarakat Johor Bahru.

Program berkhatan sempena cuti sekolah ini melibatkan seramai 34 kanak-kanak lelaki berusia antara 7 tahun hingga 13 tahun termasuk dua pasangan adik-beradik dan seorang kanak-kanak lelaki India.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Asmadi Mohd Bakri penyertaan yang diterima pihak KPJ telah melebihi sasaran awal.

Advertisement

“Sasaran awal bagi program khatan beramai-ramai ialah 20 orang.

“Namun, program ini mendapat sambutan dari penduduk Johor Bahru hingga ada ibu bapa yang ‘walk-in’ pagi ini agar anak mereka dapat turut serta.

“Kami berasa berbangga mendapat penyertaan seramai ini apatah lagi program khatan beramai-ramai ini merupakan kali pertama diadakan sejak hospital ini dibuka pada 19 Februari lalu,” katanya selepas merasmikan program berkhatan sempena cuti sekolah itu.

Advertisement

Bagi mengurangkan rasa takut dan panik kanak-kanak yang menyertai program ini, pihak KPJ turut membawa mereka menonton filem ‘Tranformers’ beramai-ramai sebelum upacara berkhatan dijalankan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top