BM | EN | 中文

Kerajaan perlu tangani defisit keyakinan terhadap SOP dan PKP – Syahredzan

Syahredzan_Johan.jpg

Gambar Ehsan NST

Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Setiausaha politik ahli parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan berkata, beliau bimbang apabila semakin ramai yang mencari cara untuk tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), kawalan pergerakan dan peraturan yang ditetapkan.

Katanya, berdasarkan pemerhatian, selepas lebih setahun pandemik Covid-19 melanda, dilihat semakin ramai rakyat Malaysia tidak mematuhi SOP dan kawalan pergerakan berbanding beberapa bulan pertama negara dilanda wabak itu tahun lalu.

“Selain fenomena ‘Covid fatigue’ yang menjadi punca kepada hal ini, keadaan sekarang ini juga disumbang oleh kehilangan keyakinan rakyat terhadap SOP dan kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Advertisement

“Rakyat sering melihat isu-isu seperti SOP yang cacamarba dan sering bertukar, ‘mixed messaging’ daripada Kerajaan serta isu ‘antara dua darjat’ dalam pelaksanaan peraturan berkenaan Covid-19.

“Ini semua menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan,” kata Syahredzan dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, beliau dilaporkan Roketkini berkata, apabila berlaku defisit keyakinan rakyat kepada undang-undang dan peraturan, ramai yang akan melanggar SOP serta kawalan pergerakan dengan mencari pelbagai alasan.

Advertisement

“Kerajaan tidak boleh memandang enteng tentang defisit keyakinan ini, kerana tanpa kepercayaan dan keyakinan rakyat, undang-undang serta peraturan paling sempurna pun tidak akan berjaya.

“Kerajaan digesa mengembalikan keyakinan rakyat dengan melaksanakan SOP yang jelas berdasarkan sains dan data, memberi mesej yang jelas, konsisten dan terbuka mengenai situasi pandemik dalam negara dan memastikan tidak ada lagi situasi antara dua darjat dalam perlaksanaan SOP serta kawalan pergerakan.” tegas Syahredzan lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top