BM | EN | 中文

33 PATI ditahan Maritim Malaysia dalam operasi dijalankan semalam

PAtI-1.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 15 JAN: Seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi yang dijalankan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS), malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, operasi itu dijalankan berhampiran Kompleks Rakan Muda, Desaru.

Katanya, PATI yang ditahan membabitkan 23 lelaki dan 10 wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun.

Advertisement

“Kesemua mereka ditahan ketika menyeludup masuk dan keluar dari negara ini melalui kawasan tidak diwartakan. Penahanan pertama dibuat pada jam 12.05 malam melibatkan 17 PATI yang baru tiba di pesisir pantai.

“Manakala tangkapan kedua pula membabitkan seramai 16 PATI yang ditahan dalam belukar pada jam 12.45 malam,” katanya kepada wartawan pada sidang media di Pejabat ZMTS, di sini hari ini.

Kesemua PATI tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2010.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top