BM | EN | 中文

33 MURID SK TAMAN PASIR PUTIH DIRAWAT SETELAH ADU BAU BUSUK, MUNTAH

5f33091720030a7822c0f259321adaee.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OGOS: 32 orang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih di Pasir Gudang dibawa untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang setelah mengalami simptom muntah-muntah.

Dalam kejadian bermula 7.30 pagi tadi, 24 orang murid dilaporkan terhidu bau busuk yang menyebabkan mereka berasa mual sebelum muntah.

9 orang murid lagi  kemudiannya mengadu perkara  sama sekitar jam 1.30 petang tadi. Kesemua mereka dibawa ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Advertisement

Timbalan Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin, yang dihubungi oleh Johorkini, mengesahkan perkara tersebut.

“Kejadian itu berlaku di SK Taman Pasir Putih yang sebelum ini tidak terlibat (dengan kejadian pencemaran sebelum ini). Mangsa-mangsa yang terlibat berada di aras tiga dan empat sekolah tersebut ketika insiden itu berlaku,” kata Ab Rahim.

Jabatan Pendidikan negeri kini menurutnya sedang menunggu keputusan pemantauan kualiti udara di sekolah tersebut dari Jabatan Alam Sekitar sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Advertisement

Jun lalu, insiden pencemaran udara sekali lagi berulang di Pasir Gudang yang bermula di Sekolah Agama Taman Mawar, pada 20 Jun.

Insiden pencemaran kedua tersebut berlaku beberapa bulan selepas dari pencemaran bahan toksik di Sungai Kim Kim pada Mac.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top