BM | EN | 中文

325 pelajar SJKT Chaah terima bantuan beg sekolah

IMG-20200124-WA0004.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 23 JAN : Seramai 325 pelajar menerima bantuan beg sekolah sempena Program Kebajikan Bantuan Beg Sekolah Darjah Satu 2020 yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Chaah, di sini.

Program anjuran Persatuan Pengguna Harapan Malaysia (PPHM) bersama Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SJKT Chaah itu turut mendapat kerjasama Bakery Gardenia.

Penerima merupakan pelajar daripada 12 buah sekolah membabitkan SJKT dan Sekolah Kebangsaan (SK).

Advertisement

Pada majlis sama, seramai 3,500 termasuk pelajar, guru dan kakitangan sekolah turut menerima sumbangan berbentuk roti.

Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr S Ramakrishnan dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah di atas usaha murni dilakukan penganjur.

Katanya, usaha PPHM dan PIBG SJKT Chaah yang berganding bahu dengan Bakery Gardenia dalam menjayakan program tersebut merupakan satu usaha yang membanggakan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top