BM | EN | 中文

32 lelaki dan 11 wanita terlibat parti liar ditahan di Kota Tinggi

parti-liar-kota-tinggi.jpeg
Advertisement

KOTA TINGGI, 17 MEI: Seramai 43 individu ditahan kerana terlibat dalam parti liar di sebuah rumah penginapan inap desa di Taman Sri Penawar, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata, 32 lelaki dan 11 wanita berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun itu, ditahan pada pukul 2 pagi oleh sepasukan polis daripada Balai Polis Bandar Penawar, dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

[BACA: Rakyat Johor persoal kenapa bil air melambung tinggi]

Advertisement

“Hasil saringan awal air kencing mendapati 31 daripada mereka positif dadah jenis “Meth’ dan ganja.

“Siasatan mendapati kesemua tangkapan berasal daripada Kota Tinggi dan juga daripada daerah berdekatan termasuk Johor Bahru.

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kota Tinggi Johor dan direman selama empat hari bermula 17 Mei hingga 20 Mei.

Advertisement

“Semakan, empat daripada yang ditahan didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 (1)(C) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top