BM | EN | 中文

318 warga IPK Johor positif COVID-19 sejak Mac tahun lepas

ayob-khan-polis-johor-3.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 FEB: Seramai 318 warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang antaranya membabitkan pegawai dan anggota didapati positif COVID-19 sejak Mac tahun lepas sehingga 16 Februari.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata jumlah itu membabitkan seramai 26 pegawai, 158 anggota, 23 kakitangan awam dan 111 keluarga.

“Dalam tempoh sama juga seramai 304 individu iaitu 56 pegawai, 152 anggota, 47 kakitangan awam dan 49 keluarga diarahkan menjalani kuarantin.

Advertisement

“Secara keseluruhannya yang kuarantin dan didapati positif adalah 622 orang bagi kontinjen ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes positif COVID-19 membabitkan anggota dan pegawainya.

Sementara itu mengenai perkembangan kes empat penjenayah ditembak mati di Jalan Pagoh-Parit Sulong dekat Batu Pahat pada 12 Feb lepas, beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan cap jari bagi mengetahui identiti suspek.

Advertisement

“Kita belum dapat lagi… sebab makan masa, jika dapat nanti kita akan kongsikan kepada media,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan sebuah kenderaan Toyota Avanza dan Perodua Myvi, masing-masing dinaiki dua lelaki, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu dan penumpang Toyota Avanza bertindak agresif dengan pemandunya mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis ketika cuba diperiksa.

Advertisement

Dua suspek yang menaiki Myvi dalam masa sama bertindak menyerang polis menggunakan parang dan kerambit dalam usaha melarikan diri.

Dalam pergelutan itu, seorang daripada suspek menikam seorang pegawai polis sehingga cedera.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top