BM | EN | 中文

317 pelajar dan guru di beberapa madrasah di Johor disaring

madrasah-johor-disaring.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 MEI: Jabatan Kesihatan (JKN) Negeri Johor telah melakukan pemeriksaan susulan Covid-19 terhadap 317 pelajar dan tenaga pelajar dari beberapa madrasah di negeri ini.

Kesemua pelajar dan tenaga pelajar di beberapa madrasah di negeri ini telah dikumpulkan dan saringan dilakukan di Madrasah Ad’disiratil Islamiyyah Kampung Sinaran Skudai Johor Bahru.

“Tujuan saringan diadakan adalah sebagai langkah susulan (surveillance) kepada kluster yang mempunyai kaitan dengan kluster Sri Petaling,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Advertisement

Katanya, proses saringan telah dilakukan bermula pukul 12 tengah hari hingga 6 petang pada 6 Mei lalu.

Ia melibatkan beberapa kumpulan persampelan daripada Klinik Kesihatan Pasir Gudang, Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Klinik Kesihatan Tampoi dan Klinik Kesihatan Sultan Ismail.

“Kakitangan JKNJ tetap gigih menjalankan tugas walaupun berhadapan keadaan sungguh mencabar pada bulan puasa apabila terpaksa kerja berterusan di kawasan itu sehingga ada yang keletihan dan dihidrasi.

Advertisement

“Namun, saya amat gembira apabila rata-rata pelajar dan tenaga pelajar memberi kerjasama yang baik sepanjang proses persampelan dilakukan,” katanya lagi.

Sehingga 7 Mei Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaporkan tiada kes baharu Covid-19 di Johor menjadikan jumlah kumulatif kes positif kekal 667 kes.

Dalam pada itu tiada kes kematian direkodkan pada semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal 18 orang manakala kes kumulatif sembuh di sebanyak 452 kes.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top