BM | EN | 中文

31 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Johor semalam

khuzzan-mugshot-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN: Sebanyak 31 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada perokok dan premis yang gagal mempamer tanda larangan merokok di tempat makan di Johor, sehingga jam 3 petang semalam.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan berkata, operasi penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2018) bermula semalam selepas setahun tempoh penguatkuasaan secara pendidikan dijalankan dari 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019.

“Sebanyak 25 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada perokok yang didapati merokok di tempat makan kerana tidak mematuhi Peraturan 11 (1) (d).

Advertisement

“Sebanyak lima notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Peraturan 12 (1) (a) kerana masih terdapat premis yang tidak memasang tanda larangan merokok.

“Selain itu, terdapat juga 1 notis dikeluarkan kepada  tuan punya premis yang tidak mematuhi Peraturan 12 (1) (b) dengan membenarkan perokok merokok di premis mereka dengan menyediakan kawasan khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khuzzan berkata, kesemua Orang Kena Notis diberikan tempoh masa dua bulan untuk menjelaskan bayaran kompaun sebanyak RM250 di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

Advertisement

“Di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

“Manakala, di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, pemilik, pengusaha atau tuan punya premis atau kenderaan yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok yang jelas boleh dikenakan denda tidak lebih RM 3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

‘Bagi kesalahan gagal memastikan tiada orang merokok dan menyediakan kemudahan untuk merokok boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya memohon kerjasama dan komitmen semua lapisan masyarakat agar memainkan peranan sewajarnya bagi memastikan Peraturan ini dipatuhi.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok dan produk merokok yang lain,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top