BM | EN | 中文

3,000 pelajar kurang berkemampuan sekitar Paya Jaras, Selangor terima kelengkapan sekolah

Adun-Paya-Jaras-Mohd-Khairuddin-Othman-back-to-school-4-2021.png
Advertisement

SUNGAI BULOH, 10 JAN: Seramai 3,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Paya Jaras menerima bantuan peralatan sekolah.

Sumbangan berjumlah RM300,000 sempena program Kembali Ke Sekolah sesi 2021 anjuran Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman meliputi set pakaian, kasut, stokin, pelitup muka dan beg.

“Program ini khusus untuk keluarga B40 terutama yang terjejas ketika pandemik Covid-19,” kata Khairuddin ketika ditemui.

Advertisement

Sementara itu, wakil penerima Mohammed Rohim Mheol berkata bantuan itu bakal dimanfaatkan anaknya yang memasuki tingkatan satu tahun ini.

“Terima kasih kepada wakil rakyat kerana sudi membantu dan memberi semangat kepada anak saya yang juga penghidap sindrom down untuk memulakan sesi persekolahan,” katanya, lapor SelangorKini.

Seorang lagi penerima Muhammad Azrul Azwa juga berterima kasih atas sumbangan tersebut dan berharap program berkenaan diteruskan pada tahun depan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top