BM | EN | 中文

300 kakitangan MBJB bersihkan kawasan bandaraya

MBJB-2.jpg

Antara mereka yang terlibat dengan program khidmat masyarakat itu

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN: Lebih 300 ketua jabatan dan kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan di kawasan bandaraya, di sini, pagi tadi.

Semasa program khidmat masyarakat itu, para peserta mengambil sampah berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di kawasan bangunan Sultan Iskandar.

Mengikut status yang dimuat naik ke laman Facebook MBJB, program ini merupakan salah satu inisiatif untuk mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran yang bersih di kawasan Johor Bahru.

Advertisement

“Kebersihan persekitaran amat penting terutamanya tempat itu adalah pintu gerbang Selatan Semenanjung Malaysia,” kata status itu.

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 10 pagi turut disertai oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan pengurusan dari bangunan Sultan Iskandar.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top