BM | EN | 中文

300 Jalur Gemilang diedar di sekitar pekan Layang-Layang

marina-ibrahim-bendera-bulan-kemerdekaan.png
Advertisement

KLUANG, 24 OGOS: Sebanyak kira-kira 300 Jalur Gemilang diedarkan di sekitar pekan Layang-Layang dekat Kluang, sempena sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Pegawai khas ahli parlimen Kulai, Marina Ibrahim berkata, Jalur Gemilang itu diserahkan ke rumah penduduk setempat kerana edaran secara terbuka tidak dapat dibuat susulan sekatan pergerakan.

Katanya, meskipun pandemik Covid-19 melanda negara, sambutan bulan kemerdekaan perlu terus disemarakkan bagi menyemai rasa cinta kepada Malaysia.

Advertisement

“Sebanyak 300 keping bendera Malaysia dan pelitup muka di edarkan di DUN Layang-Layang untuk menyemarakkan lagi rasa kecintaan terhadap negara bersempena bulan kemerdekaan.

“Agihan dari rumah ke rumah dilakukan memandangkan situasi Covid-19.

“Reaksi positif diterima daripada penduduk setempat yg terdiri daripada pelbagai bangsa,” kata Marina kepada Johorkini.

Advertisement

Dalam pada itu, Marina memaklumkan pihaknya turut menganjurkan pertandingan lukisan dengan tema bulan kemerdekaan khusus untuk pelajar di rumah.

Katanya, melalui program seperti itu, peserta dapat dipupuk nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin secara keatif dan mempunyai semangat patriotik dan cinta akan negara.

“Selain daripada itu, pertandingan melukis sempena hari kebangsaan juga diadakan agar pelajar-pelajar boleh mengisi kelapangan masa di rumah bersama ibu bapa,” katanya

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top