SEGAMAT, 28 DIS: Seramai 30 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di daerah ini masih berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka merupakan penduduk dari Kampung Batu Badak.
Mereka kini ditempatkan di balairaya kampung tersebut.
Kata Tan, meskipun cuaca cerah di daerah Segamat pagi ini, namun mereka belum dapat pulang kerana kediaman mereka masih digenangi air.
“Pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi-agensi dari semasa ke semasa,” kata Tan.
Johorkini