BM | EN | 中文

3 LELAKI WARGA INDONESIA DITANGKAP TERLIBAT KEGIATAN PENYELUDUPAN MIGRAN

barangan-yang-dirampas.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 13 DIS : Tiga lelaki warga Indonesia ditangkap selepas disyaki terlibat kegiatan penyeludupan migran dalam serbuan di sebuah rumah sekitar Jalan Teluk Ramunia, Pengerang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bayu Damai.

“Dalam serbuan tersebut, seramai tiga lelaki warganegara Indonesia lingkungan umur 23 hingga 28 tahun telah ditahan.

Advertisement

“Pihak polis juga telah merampas beberapa buah telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang dan beg pakaian dipercayai milik suspek.

“Hasil siasatan awal dapati kesemua suspek dalam proses untuk keluar dari Malaysia menggunakan jalan yang tidak diwartakan. Salah seorang suspek berperanan sebagai tekong manakala dua suspek merupakan migran yang ingin keluar dari Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tekong telah mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 setiap seorang untuk proses bawa keluar dari Malaysia.

Advertisement

Katanya, suspek tekong disiasat di bawah Seksyen 26A Atipsom 2007 jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima belas tahun, denda atau keduanya sekali.

Manakala, kedua migran disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau keduanya sekali.

“Tekong ditahan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari manakala kedua migran ditahan reman di bawah Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari,”katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top