BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,745 dengan tujuh kematian, kes aktif 24,025

coronavirus_COVID_19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,745 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 305,880 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,148 kes.

Daripada 1,745 kes yang dilaporkan hari ini, 1,743 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,276 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 280,707 kes.

Sementara itu terdapat 195 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 95 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 305,880 kes dengan 91.77 peratus kadar sembuh bersamaan 280,707 pesakit, manakala 1,148 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 24,025 kes aktif pada kadar 7.85 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top