BM | EN | 中文

287 premis di Selangor terima anugerah, tawar harga patut

287-premis-di-Selangor-terima-anugerah-tawar-harga-tidak-beban-pembeli.jpg

Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyampaikan sijil Anugerah Kedai Harga Patut 2021 kepada wakil dari Pusat Pakaian Hari-Hari, Shah Alam pada 22 November 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 23 NOV: Sebanyak 287 premis di Selangor mendapat pengiktirafan dengan menerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021, me urut Exco Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Mohd Zawawi berkata pengiktirafan diberikan kepada premis ini kerana memenuhi kriteria ditetapkan antaranya tidak banyak rekod aduan, pelanggan berpuas hati dengan tawaran harga dan mempunyai rangkaian yang memudahkan pengguna.

“Anugerah ini antara inisiatif kerajaan untuk mewujudkan pasaran harga yang berpatutan dan dapat mengurus isu kenaikan harga barangan dalam pasaran sekali gus mengurangkan beban pengguna.

Advertisement

“Kita akan cuba libatkan premis-premis yang menerima anugerah ini dengan aktiviti Kerajaan Negeri sebagai penghargaan atas usaha mereka membantu golongan kurang upaya seperti memberi baucer,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan sijil penghargaan kepada Kedai Buku MRKB Seksyen 19 dan Pusat Pakaian Hari-Hari Ole-Ole Seksyen 18 dalam Program Penyerahan AKHP 2021 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor semalam.

Sementara itu, Mohd Zawawi berkata dalam memupuk kesedaran awam berkaitan harga barang, pihaknya memperbanyakkan kempen pada tahun hadapan kepada pengguna.

Advertisement

“Kita mahu memberikan kesedaran awam tentang pentingnya pengetahuan tentang harga barang berbanding mengambil tindakan penguatkuasaan.

“Mereka perlu tahu hak dan tanggungjawab dalam perkhidmatan terutama sektor telekomunikasi dan jual beli dalam talian,”katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top