BM | EN | 中文

287 kes harian baru, paling tinggi direkodkan

DG-Hisham-2-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Hari ini 287 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, tertinggi yang pernah direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 11,771 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, kesemua 287 kes positif yang dilaporkan adalah kes penularan tempatan.

Daripada itu terdapat 81 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,095 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat 22 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 11,771 kes dengan 85.76 peratus kadar sembuh bersamaan 10,095 pesakit, manakala 136 kematian bersamaan 1.16 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,540 kes aktif pada kadar 13.08 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top