BM | EN | 中文

278,790 KEKOSONGAN PEKERJAAN BARU BERJAYA DIWUJUD SEJAK PH JADI KERAJAAN

sidang-dun.jpg

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Sebanyak 159,760 kekosongan pekerjaan baru yang berjaya diwujudkan di bawah pemerintahan kerajaan Pakaran Harapan (PH) pada tahun ini bermula Januari hingga Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pula bermula bulan Mei hingga Disember sebanyak 119,030 peluang pekerjaan baru telah diwujudkan bagi tahun lepas.

Katanya, ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peluang pekerjaan yang telah berjaya diwujudkan sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah adalah sebanyak 278,790 .

“Hasrat kerajaan Johor sepertimana janji dalam manifesto adalah untuk menawarkan 200,000 peluang pekerjaan telah tercapai. Sejak PH memerintah dari Mei 2018 sehingga Oktober 2019 kerajaan Johor telah menyediakan 278,790 kekosongan pekerjaan.

“Terdapat dua agensi yang saling bekerjasama bagi membantu menyediakan peluang pekerjaan ini iaitu Unit Strategik Modal Insan dan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia,” katanya pada kepada wartawan ketika sesi rehat di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Kekosongan tersebut termasuklah 525 kekosongan di bawah bidang pengurusan, 3,927 profesional, 4,247 juruteknik dan profesional bersekutu, 1,317 pekerja sokongan perkeranian, 5, 477 pekerja perkhidmatan dan jualan.

Sementara itu, sebanyak 525 kekosongan bagi pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan, 5,699 pekerja kemahiran, pekerja pertukangan berkaitan, 42,783 operator loji mesin dan pemasangan serta pekerja asas sebanyak 214,290 kekosongan.

Aminolhuda berkata, bagi jumlah perberhentian kerja yang direkodkan berdasarkan maklumat statistik daripada Perkeso melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dari 1 Januari 2019 sehingga 18 November lepas, seramai 3,896 permohonan SIP telah direkodkan.

“Daripada jumlah berkenaan pihak Perkeso telah membantu meluluskan permohonan sebanyak 3,189 kes. Manakala sebanyak 707 kes ditolak di atas faktor tidak mematuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan.

“Pelaksanaan SIP ini adalah satu inisiatif jangka panjang yang memberi kesan positif terutama kepada pekerja swasta dan majikan dalam berdepan isu kehilangan pekerjaan.

“Pelaksanaan SIP ini dapat membantu terutamanya kepada pekerja yang terjejas akibat diberhentikan kerja dalam situasi sekiranya syarikat mengalami pengecilan saiz operasi, penutupan atau kebankrapan,”katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top