BM | EN | 中文

2,785 unit rumah dari sembilan projek perumahan swasta di Johor terbengkalai

projek-rumah-perumahan-terbengkalai.jpg

Gambar Hiasan / Gambar Ehsan Blog Reaktif

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Berdasarkan statistik sebanyak 2,785 unit rumah dari sembilan projek perumahan swasta di Johor terbengkalai, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu projek perumahan swasta terbengkalai di Selangor sebanyak 33 projek membabitkan 10,974 unit rumah, diikuti Kelantan dengan 12 projek (946 unit rumah).

Advertisement

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang bertanya mengenai jumlah keseluruhan projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan negeri sehingga 2021 dan punca sebenar ia berlaku serta penyelesaian terhadap perkara itu.

Terdahulu Reezal mendedahkan sebanyak 79 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.57 bilion disahkan terbengkalai di Semenanjung Malaysia.

Katanya, semua projek terbengkalai di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) itu merangkumi 17,724 unit rumah membabitkan 11,824 pembeli.

Advertisement

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 38 projek meliputi 11,511 unit rumah membabitkan 6,319 pembeli sedang dalam peringkat perancangan bagi mengenal pasti kaedah dan mekanisme untuk memulihkannya melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama pemaju penyelamat serta pembeli.

“Selain itu, sebanyak 26 projek meliputi 3,383 rumah yang membabitkan 2,806 pembeli dalam peringkat statik, yang mana sedang dalam penyelesaian isu perundangan, manakala 15 projek lagi, meliputi 2,830 rumah yang membabitkan 2,699 pembeli dalam peringkat sedang dipulihkan,” katanya lapor BH Online.

Beliau memaklumkan, sejak 2009 hingga September lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelesaikan 215 kes projek perumahan swasta terbengkalai, merangkumi 59,090 unit rumah, yang membabitkan 39,247 pembeli.

Advertisement

“Antara kaedah pemulihan dan penyelesaian projek yang diambil KPKT bagi membantu meringankan beban pembeli adalah dengan kaedah mediasi dan pemulihan melalui penyelesaian dengan pembeli iaitu kaedah menjual semula unit rumah kepada pihak pelikuidasi,” katanya.

Mengenai punca 79 projek perumahan itu gagal disiapkan, Reezal berkata, antara disebabkan tahap kewangan syarikat yang lemah, tidak memenuhi syarat pembangunan ditetapkan Pihak Berkuasa Negeri, kelemahan pengurusan projek oleh syarikat dan pemaju asal tidak dapat dikesan.

Selain itu, bantahan pemajuan perumahan oleh penduduk sekitar, masalah setinggan yang menyebabkan pemajuan tidak dapat diteruskan, masalah kontraktor yang dilantik pemaju tidak cekap dan projek tidak berdaya maju.

Advertisement

Menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan akan mewujudkan dasar ‘bina dahulu, jual kemudian’ bagi memberi jaminan kepada pembeli rumah, Reezal berkata, setakat ini, hanya ada empat pemaju yang mampu melaksanakan kaedah itu kerana kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.

Bagaimanapun katanya, beliau akan mencari beberapa lagi pemaju yang boleh memberi komitmen untuk melaksanakan kaedah itu, selain meneliti aspek penambahbaikan serta pindaan dalam Akta 118 bagi memberi jaminan yang lebih tinggi kepada pembeli.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top