BM | EN | 中文

27,383 keluarga mangsa banjir terima bantuan RM1,000 – MB Selangor

Portal_MB_sumbanganBSB005-960x640-1.jpg

Amirudin Shari menyampaikan sumbangan ketika Majlis Penyerahan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Fasa 1 Daerah Petaling di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah, Shah Alam pada 28 Disember 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak RM27.493 juta dibelanja Kerajaan Negeri untuk sumbangan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) setakat hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 27,383 keluarga terjejas banjir bulan lalu menerima bantuan berjumlah RM1,000.

Menurut infografik dikongsinya di Twitter, seramai 11 waris korban bencana di Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat turut menerima bantuan masing-masing RM10,000.

Advertisement

Petaling merekodkan keluarga paling ramai menerima sumbangan iaitu 8,373 isi rumah diikuti Hulu Langat (6,477) dan Klang (6,067).

Turut menerima sumbangan sama ialah 2,356 isi rumah di Sepang, Kuala Langat (1,890), Kuala Selangor (1,548), Gombak (645), Hulu Selangor (92) dan Sabak Bernam (35).

Pada 21 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta bagi permulaan program BSB susulan banjir di beberapa daerah pada 18 Disember.

Advertisement

Terdahulu, SelangorKini melaporkan selain pemulihan prasarana, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Bantuan diagih mulai 28 Disember dan dijangka selesai hujung bulan ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top