BM | EN | 中文

DR FARID TIDAK PERNAH BERKIRA BANTU PENGUNDINYA

Poster-Allahyarham-YB-Datuk-Wira-Dr-Farid.jpg

PONTIAN, 26 SEPT : Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik ketika hayatnya begitu bersemangat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk Tanjung Piai, selain membangunkan kawasan tersebut untuk generasi akan datang.

Perkara tersebut dicerminkan melalui RM14.75 juta peruntukkan yang telah diluluskan bagi pelbagai projek pembangunan di situ sebelum pemergiannya.

Md Rafik, yang juga merupakan ahli parlimen Tanjung Piai merangkap timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pontian, di sini, Sabtu lepas.

Pegawai khasnya yang bertugas di Tanjung Piai, Rosman Tahir berkata keseluruhan peruntukkan yang diluluskan tersebut diusahakan oleh Allahyarham sejak tahun lalu.

“Antara peruntukkan yang telah diluluskan termasuklah pembinaan dewan serbaguna, dewan terbuka, jeti nelayan, menaiktaraf padang dan sebagainya.1

“Allahyarham begitu bekerja keras sebaik menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai dan pelbagai peruntukkan pembangunan berjaya diusahakan agar dapat dimanfaatkan para pengundi di kawasannya,” katanya.

Tambah Rosman lagi, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat serta tidak pernah berkira membantu semua orang

“Malah, Arwah sanggup mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menyalurkan peruntukkan yang diminta terlebih dahulu sekiranya ada keperluan yang mendesak.

“Walaupun, sibuk dengan tugas rasmi sebagai Timbalan Menteri, beliau sentiasa berusaha turun kawasan setiap minggu demi memenuhi undangan pelbagai program,” katanya

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top