BM | EN | 中文

273 premis makanan di Selangor dapat sijil bersih, selamat dan sihat

Datuk-Dr-Shaari-Ngadiman.jpg

Datuk Dr Sha’ari Ngadiman (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 24 NOV: Sebanyak 273 premis makanan di Selangor memperoleh sijil pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata jumlah itu merangkumi restoran, kafeteria, medan selera, kantin sekolah, kantin hospital dan kendera saji.

“Tahniah kepada kesemua premis kerana komited menjaga kualiti kebersihan dan keselamatan makanan dengan mempamerkan tag kalori makanan serta berjaya memperoleh markah lebih 86 peratus.

Advertisement

“Semoga usaha ini terus dikekalkan di samping menjadi ikutan kepada pengusaha premis makanan lain di negeri ini supaya dapat mempertingkatkan tahap kebersihan masing-masing,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurutnya, dengan pengiktirafan BeSS itu juga ia diyakini mampu mengurangkan risiko pencemaran makanan dan memberi maklumat terperinci kepada pelanggan berhubung pemakanan sihat.

Dr Sha’ari turut berkongsi kriteria permohonan sijil BeSS iaitu pengusaha perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau agensi berkaitan, berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan dan premis perlu mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

Advertisement

Antara premis makanan tidak layak memohon pengiktirafan itu adalah yang menjual satu pilihan makanan sahaja dan tinggi kalori, gula, garam atau lemak; beroperasi bermusim seperti bazar Ramadan serta hanya menjual minuman alkohol.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top