BM | EN | 中文

27 PROGRAM KEUSAHAWANAN JOHOR SEPANJANG 2020

keusahawanan-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 DIS: Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd ( PUJB ) akan menganjurkan kira-kira 27 program dalam bentuk kursus, taklimat, padanan perniagaan dan festival keusahawanan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) bagi sepanjang tahun depan.

PUJB menerusi Facebooknya memaklumkan melalui program dan skim latihan yang disediakan, para peserta akan diterapkan dengan input penting selain didedahkan dengan elemen keusahawanan mengikut bidang perniagaan masing-masing.

Antara kursus yang ditawarkan adalah asas perakaunan, pemasaran produk, pembungkusan, penetapan harga produk, penyediaan profil syarikat dan pengurusan organisasi perniagaan.

Advertisement

Turut diadakan adalah taklimat penarafan perniagaan antaranya persijilan halal, harta intelek MyIPO, persijilan SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia), MeSTI (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM) dan amalan perkilangan baik (GMP).

Kerajaan Johor melalui PUJB turut menyediakan bantuan dalam bentuk geran antaranya, Geran Orang Lokal (GOL) 2.0.

Bagi meraikan dan memasarkan produk serta perkhidmatan para usahawan di negeri ini, kerajaan Johor mengadakan beberapa program berbentuk acara antaranya Festival PKS Johor dan Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor 2020.

Advertisement

Setiap usahawan di negeri ini akan diberi penilaian berdasarkan prestasi masing-masing dan akan diiktiraf melalui Anugerah Keusahawanan Johor 2020 ( AKJ 2020).

PUJB, dibawah Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim merupakan syarikat milik penuh kerajaan negeri Johor berperanan sebagai pusat sehenti bagi membantu, menyelaras dan memantau program pembangunan usahawan dengan objektif meningkatkan keupayaan PKS di negeri ini.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top