BM | EN | 中文

265 tadika Johor Bahru bawah seliaan KEMAS ditutup hingga 14 November

Zaiton-Ismail-Exco-Pembangunan-Wanita-Keluarga-dan-Masyarakat-Johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 OKT: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail berkata sebanyak 265 buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan empat Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada di dalam zon merah Johor Bahru turut ditutup, mulai Isnin hingga 14 Nov depan.

Beliau berkata kesemua tabika berkenaan membabitkan 7,003 murid manakala taska pula melibatkan 101 kanak-kanak.

“Mengambil kira perkembangan semasa pandemik COVID-19 bagi negeri Johor yang semakin meningkat dan daerah Johor Bahru telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, maka terdapat keperluan untuk menutup Tabika, Taska dan pusat-pusat aktiviti yang seumpamanya bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Advertisement

Zaiton berkata merujuk kepada surat Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertarikh 12 Okt lepas, JKM telah memutuskan agar semua taska, pusat jagaan, pusat aktiviti warga emas, pusat aktiviti kanak-kanak dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) hendaklah ditutup bagi kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon merah.

Selain taska dan tabika KEMAS, turut ditutup adalah 124 taska yang berdaftar, sembilan PDK, 105 pusat jagaan harian, dua pusat aktiviti warga emas serta dua pusat aktiviti kanak-kanak di daerah ini bagi tempoh sama.

Beliau dilaporkan Bernama sebagai berkata, sebarang pemakluman berhubung penutupan tabika, taska dan pusat aktiviti seumpamanya akan diumumkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai COVID-19.

Advertisement

“Keputusan penutupan ini adalah mengambil kira pandangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk memastikan COVID-19 dapat dikawal dan tidak dijangkiti kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top