BM | EN | 中文

Warga Vietnam antara ditahan terlibat aktiviti pelacuran di Johor Bahru

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Lima wanita warga Vietnam dan tiga lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran, ditahan ketika satu serbuan di sebuah hotel di Taman Century, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kelapan-lapan lapan suspek yang ditahan berusia 18 sehingga 40 tahun.

Pada serbuan 7.50 malam itu, turut dirampas adalah satu unit perakam CCTV, dua unit router, satu unit modem, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua keping kondom, dua helai tuala mandi, dua gulung tisu, satu paket tisu basah, dua batang kunci bilik, dua anak kunci kenderaan jenis Honda dan Perodua viva, serta wang tunai berjumlah RM1,070.

Advertisement

“Kita dapati lapan suspek ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Kesemua wanita berkenaan direman selama 14 hari, manakala tiga suspek warga tempatan direman sehari,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Bagaimanapun Mohd Padzli berkata, peranan ketiga-tiga lelaki berkenaan masih dalam siasatan.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6 (1) (c)Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c)Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top