BM | EN | 中文

2,600 pelajar di IPT Selangor bakal terima subsidi data internet – Exco

inisiatif-Data-Internet-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 17 JUL: Seramai 2,600 penuntut dari tiga institusi pengajian tinggi (IPT) di Selangor disasar mendapat kemudahan data internet tanpa had dengan subsidi bulanan RM20 selama setahun.

Exco Generasi Muda Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata jangkaan membabitkan 2,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel), 500 mahasiswa Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) dan selebihnya Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC).

Mohd Khairuddin menjelaskan inisiatif Data Internet Selangor bawah Pakej Kita Selangor 2.0 boleh dimohon mulai 15 Julai sehingga 15 September melalui laman sesawang www.platselangor.com dan klik Inisiatif Bisnes Amal.

Advertisement

“Pelajar dijangka menerima kad sim bermula 1 Oktober depan. Diharap inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada mereka terutama bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian,” katanya, lapor SelangorKini.

Program dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta itu diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 9 Jun.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menanggung subsidi RM20 melalui tawaran produk kad sim data internet tanpa had dengan kadar istimewa RM35 sebulan.

Advertisement

Antara golongan sasaran untuk menerima manfaat ialah penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top