BM | EN | 中文

260 kes harian baru, tertinggi semenjak Jun

DG-KKM-Hisham-1-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Hari ini 260 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 11,484 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada 260 kes positif yang dilaporkan, 259 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, satu adalah kes import.

Daripada itu terdapat 47 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,014 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat 20 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 11,484 kes dengan 87.20 peratus kadar sembuh bersamaan 10,014 pesakit, manakala 136 kematian bersamaan 1.18 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,334 kes aktif pada kadar 11.62 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top