BM | EN | 中文

2,500 murid bakal terima bantuan cermin mata Yayasan Sultan Ibrahim Johor

YSIJ-bantuan-cermin-mata-sultan-ibrahim.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 FEB: 2,500 murid sekolah di seluruh Johor bakal menerima bantuan cermin mata bernilai RM500,000 daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Season Optical,

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam kiriman di laman facebook bertitah, baginda amat mengalu-alukan pihak swasta yang ingin bekerjasama dengan YSIJ bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik yang kita semua lalui sejak tahun lalu, segala jenis bantuan yang boleh dihulur amat dialu-alukan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Advertisement

“Saya berterima kasih kepada syarikat ini yang tampil untuk bekerjasama dengan yayasan saya dan membantu rakyat dengan cara mereka tersendiri,” titah baginda.

Difahamkan, sebuah lori khas akan berkunjung ke semua daerah dan memeriksa mata murid-murid yang memerlukan dengan kerjasama sekolah.

Baginda sendiri berkenan meninjau dan memeriksa lori berkenaan di perkarangan Istana Flintstones, Mersing, semalam.

Advertisement

Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Datuk Avinderjit Singh; Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili serta Ketua Pegawai Eksekutif Season Optical, Calvin Chung.

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap Pengarah Urusan Eco-Shop Marketing, Datuk Seri Lee Kar Whatt dan Pengarah Eksekutif Lionmas Furnishers, Gan Cheng Swee, antara penyumbang kepada usaha berterusan YSIJ membantu rakyat yang memerlukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top