BM | EN | 中文

250 buah rumah rosak akibat ribut dekat Sedili, Kota Tinggi

ribut-sedili-kota-tinggi.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 23 JUL: Sebanyak 250 buah rumah rosak akibat dipukul ribut, selain hujan dan angin kencang dalam satu kejadian di kawasan Sedili, Kota Tinggi, hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang tadi menyebabkan banyak rumah penduduk bocor dan tercabut diterbangkan angin kencang.

Turut tular video memaparkan bumbung sebuah sekolah di kawasan sama yang diterbangkan angin selain kenderaan terperangkap akibat ditimpa pokok tumbang.

Advertisement

Antara kampung terkesan ialah Kampung Sedili, Kampung Sentosa dan Kampung Sedili Besar.

Dua buah sekolah turut terkesan akibat kejadian itu iaitu SK Seri Setia Jaya dan SMK Tan Sri Jaafar Albar.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Melayu Sedili, Mohd Hasnol Hadi Mohd Sebalas berkata, jawatankuasa bencana daerah Kota Tinggi telah ditubuhkan bagi membantu penyaluran bantuan.

Advertisement

“Alhamdulillah, tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan fizikal dilaporkan.

“Jabatan-jabatan kerajaan di peringkat daerah juga telah dimaklumkan dengan bencana dan mereka akan mengambil tindakan segera,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga jam 9 malam ini.

Advertisement

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top