BM | EN | 中文

250 anak bakau ditanam, langkah kembali semula ekosistem

bakau-1.jpg

Mereka yang menjayakan Program Penanaman Anak Bakau yang bertemakan Menuju Kehijauan di Pantai Tanjung Labuh Senggarang

Advertisement

BATU PAHAT, 24 DIS : Sebanyak 250 anak bakau ditanam di Pantai Tanjung Labuh Senggarang, di sini menerusi Program Penanaman Anak Bakau yang bertemakan Menuju Kehijauan.

Program tersebut adalah langkah bagi mengembalikan semula ekosistem hidupan telah berlangsung dengan jayanya.

Menurut ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim, orang ramai termasuk pelajar sekolah dan orang awam telah mengambil bahagian dalam program ini.

Advertisement

“Antara peserta yang terbabit adalah dari Kelab Lions, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kelab Belia Era Jaya, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampong Kelicap, Sekolah Tinggi Batu Pahat, Sekolah Menengah Dato Esa dan beberapa sukarelawan yang hadir secara sendiri.

“Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ia dapat mendidik masyarakat terhadap peri pentingnya hidupan hijau ini sebagai sebahagian dari kelangsungan lestari alam,” katanya kepada JohorKini.

Antara spesis pokok bakau yang ditanam adalah, Rhizophora Apiculata sebanyak 100 pokok dan Rhizophora Mucronata sebanyak 150 pokok.

Advertisement

Beliau memberitahu, aktiviti yang dijalankan bukan sekadar kesedaran umum tentang pentingnya hidupan hijau malah dalam program itu juga telah diajarkan bagaimana cara penanaman yang betul perlu dibuat.

“Kaedah penanaman pokok diajarkan kepada peserta dan ramai di antara mereka yang baharu mencuba buat pertama kali serta sebelum ini tidak ada asas dalam penanaman pokok tersebut.

“Bakau secara umum diketahui mampu menjadi penambat air laut dan ia secara langsung mampu untuk menjaga persekitaran pantai dari terhakis.

Advertisement

“Saya juga kagum dengan peserta yang mahu mengotorkan diri mereka dengan lumpur sebagai usaha menyelamatkan persisir pantai dengan menanam pokok bakau berkenaan dan hal itu harus dipuji,” katanya.

Sukarelawan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM telah dilantik untuk memantau proses pembesaran anak bakau yang ditanam tersebut dari semasa ke semasa.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top