BM | EN | 中文

246 individu dikompaun di Johor kerana ingkar PKPP

246-individu-dikompaun-di-Johor-kerana-ingkar-PKPP.jpg

Gambar Ehsan Dee Asia

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Seramai 246 individu termasuk remaja bawah umur dikompaun RM1,000 seorang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di dua pusat hiburan di bandar raya ini, malam tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua mereka yang berumur antara 15 dan 63 tahun itu didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal dan peraturan ditetapkan di bawah PKPP.

“Kesemua mereka diperiksa menerusi operasi bersepadu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPK Johor, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), mulai 10 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata daripada 246 individu itu, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun kerana saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lelaki rakyat Singapura berumur 63 tahun kerana gagal mengemukakan pasport.

Beliau berkata lima lelaki rakyat asing, masing-masing seorang rakyat Taiwan, Nigeria, United Kingdom, China dan Yaman serta enam wanita melibatkan seorang rakyat Indonesia dan lima warga Thailand, turut ditahan kerana didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan.

Remaja lelaki berkenaan direman mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki Singapura dan 11 lagi warga asing terbabit mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top