BM | EN | 中文

243 peneroka di Felda Lok Heng Selatan disini terima geran hak milik

dr.sahruddin-1.jpg

Dr Sahruddin ketika hadir Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peneroka Felda Lok Heng Selatan, hari ini.

Advertisement

KOTA TINGGI, 19 JAN : Seramai 243 peneroka di Felda Lok Heng Selatan, di sini menerima geran hak milik tanah yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal sempena Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peneroka Felda Lok Heng Selatan, hari ini.

Dr Sahruddin dalam ucapannya berkata, jumlah berkenaan merangkumi 243 plot hak milik bagi tapak rumah dan 336 plot hak milik tanah bagi tapak ladang.

Katanya, jumlah plot ladang adalah lebih banyak berbanding jumlah plot rumah kerana terdapat peneroka yang menerima lebih daripada satu plot ladang bagaimanapun, jumlah keluasan keseluruhan yang diterima masih dalam skala lebih kurang 10 ekar.

Advertisement

“Saya ingin memaklumkan setiap hak milik yang dikeluarkan oleh pejabat tanah ini perlu dibayar cukai oleh pemiliknya pada setiap tahun. Untuk itu, saya berharap pemilik tanah akan berbuat sedemikian,” katanya ketika menyempurnakan majlis tersebut.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali bersikap lepas tangan dengan isu dan kebajikan warga Felda.

Menurutnya, kerajaan negeri sendiri turut merancang pelbagai inisiatif yang besar untuk warga Felda di negeri ini.

Advertisement

“Kerajaan negeri juga membantu dalam pemberian plot kepada generasi kedua Felda supaya golongan tersebut dapat membina penempatan dan seterusnya kekal menetap di rancangan Felda masing-masing,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top