BM | EN | 中文

241,758 individu dah lengkap 2 dos vaksin Covid-19

Dr-Adham-Baba-KKM.jpeg

Gambar Ehsan The Malay Mail

Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 APR: Seramai 241,758 individu di dalam negara yang merupakan kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat 1 April, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya bagi tempoh sama, 498,468 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 740,226.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya Dr Adham berkata, Selangor kekal sebagai negeri tertinggi menerima suntikan dos pertama vaksin iaitu 69,852, diikuti Perak (49,996) dan Sarawak (48,079).

Advertisement

Sabah pula merekodkan sebanyak 46,023, Kuala Lumpur (44,702), Johor (39,624), Pahang (33,693), Pulau Pinang (33,045), Kedah (30,316), Negeri Sembilan (24,690), Terengganu (24,516), Kelantan (22,596), Melaka (13,758), Perlis (9,846), Putrajaya (5,233) dan Labuan (2,499).

Sementara itu, Selangor turut mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 iaitu 28,616, diikuti Sarawak (25,287) dan Kuala Lumpur (23,899).

Seterusnya adalah Sabah (21,262), Perak (20,717), Johor (18,696), Pahang (18,507), Kelantan (15,618), Kedah (15,300), Terengganu (13,237), Pulau Pinang (11,563), Negeri Sembilan (10,620), Melaka (6,857), Perlis (5,610), Putrajaya (3,682) dan Labuan (2,287).

Advertisement

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 7,625,478 atau 31.4 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,085,983 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Advertisement

Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top