BM | EN | 中文

24 bubu naga di perairan Sungai Ayam, Batu Pahat dirampas

IMG-20200107-WA0008-e1578390090523.jpg

Bubu yang dirampas APMM

Advertisement

BATU PAHAT, 7 JAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat merampas sebanyak 24 unit bubu naga di perairan Sungai Ayam, di sini, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, bubu naga tersebut dirampas dalam satu rondaan rutin kira-kira jam 12 tengahari.

“Semasa bot melakukan rondaan rutin, APMM mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran beserta dua orang awak-awak sedang memasang bubu naga.

Advertisement

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka bertindak melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek serta meninggalkan bubu naga tersebut bagi mengelakkan ditahan

“Kesemua bubu naga itu dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk dilupuskan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamad Othman menegaskan, bubu naga telah diharamkan penggunaannya dan termaktub didalam Akta Perikanan 1985.

Advertisement

Tambah beliau lagi, penggunaan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif selain turut memerangkap anak-anak ikan komersial sekali gus menjejaskan hasil pendapatan nelayan pantai.

Dalam pada itu katanya, para nelayan diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top