BM | EN | 中文

2,365 penghuni PPR di Selangor dapat pengecualian, tangguh bayaran sewa

PPR-Selangor.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM3.7 juta bagi meringankan beban penyewa rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

Laman SelangorKini memetik laporan kemajuan 20 inisiatif pakej tersebut bahawa Unit Perancangan Ekonomi Negeri memaklumkan peruntukan dalam Pakej Kita Selangor berjumlah RM1.7 juta untuk pengecualian sewa bagi Januari dan penangguhan bayaran untuk Febuari dan Mac.

Difahamkan seramai 2,365 penyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah majlis menerima manfaat secara automatik kepada penyewa layak.

Advertisement

Selain itu 450 peserta Skim Smart Sewa turut menikmati penangguhan tiga bulan sewa antara Januari hingga Mac, juga secara automatik.

Manfaat itu hasil peruntukan RM1 juta. Pelaksanaannya dijayakan Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd.

Selain itu, RM1 juta diperuntuk dalam program Bingkisan Mesra Selangor untuk dinikmati 2,365 penyewa PPR.

Advertisement

Baucar RM50 hingga RM100 sebulan diberi kepada penyewa dalam enam bulan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top