BM | EN | 中文

23 mangsa banjir di Kulai setakat 8 pagi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 FEB: Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 23 mangsa terdiri daripada 6 buah keluarga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, satu PPS yang dibuka adalah di daerah Kulai.

Menurut beliau, tiga PPS yang sebelum ini dibuka di daerah lain telah ditutup.

Advertisement

“PPS yang masih beroperasi adalah di Balairaya Kampung Baru Saleng, Kulai,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top