JOHOR BAHRU, 1 FEB: Seramai 23 mangsa terdiri daripada 6 buah keluarga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir setakat pukul 12 tengah hari ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, mereka semua ditempatkan di PPS yang dibuka di Kulai.
“PPS yang masih beroperasi adalah di Balairaya Kampung Baru Saleng, Kulai,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Johorkini