BM | EN | 中文

229 MANGSA BANJIR, RIBUT DI BATU PAHAT, PONTIAN

Pontian.jpg

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Seramai 229 mangsa dari 51 keluarga di dua daerah masih terjejas ekoran banjir dan ribut di pantai barat Johor setakat jam 8.00 malam tadi.

Jumlah mangsa bencana sedikit menurun berbanding 386 orang dari 89 keluarga di dua daerah seperti direkodkan pada jam 4.00 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa di daerah Pontian dan Batu Pahat itu kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Dua PPS dibuka di Pontian iaitu SK Sri Bukit Panjang dan SK Kampung Parit Hj Adnan, manakala PPS Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai, SK Sri Bunian ditutup dan Madrasah Parit Basilam ditutup lebih awal kira-kira jam 4.00 petang tadi.

Di Batu Pahat terdapat dua PPS iaitu SK Sungai Kajang yang dibuka untuk mangsa ribut dan Kompleks Peladang Batu Pahat, Tongkang Pecah kepada mangsa banjir.

Terdapat 16 mangsa ribut dari tiga keluarga di SK Sungai Kajang, manakala 39 mangsa banjir dari 18 keluarga ditempatkan di Kompleks Peladang Batu Pahat, Tongkang Pecah.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top