BM | EN | 中文

22 kes positif COVID-19 di asrama pekerja asing milik anak syarikat AME dekat Senai

AME-I-Stay-Management-Sdn-Bhd.png

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JAN: AME Elite Consortium Bhd (AME) menyatakan bahawa anak syarikatnya, I Stay Management Sdn Bhd memaklumkan terdapat 22 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerja asing yang menyewa di asrama pekerja syarikat itu di Kulai dan Senai, Johor.

Syarikat itu berkata I Stay Management telah mengesan 20 kes COVID-19 dalam kalangan pekerja asing yang menyewa di asrama pekerja di i-Stay@Indahpura dan dua kes yang tinggal di asrama i-Stay@Senai Airport City.

Penyedia penyelesaian ruang industri bersepadu terkemuka itu berkata ia telah menghubungi Kementerian Kesihatan dan pekerja asing yang terlibat kini sedang menerima rawatan di hospital kerajaan atau dikuarantin di kawasan kuarantin yang ditetapkan.

Advertisement

“Sebagai tindak balas serta-merta, syarikat telah menjalankan pengesanan kontak dan mengatur ujian swab segera untuk individu yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja asing yang terlibat.

“Kontak rapat ini kini sedang menjalani kuarantin di kawasan pusat kuarantin yang telah ditetapkan selama 14 hari sementara menunggu keputusan ujian,” kata AME dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat tersebut telah menjalankan proses sanitasi serta-merta premis berkenaan, termasuk unit yang terjejas, koridor dan laluan, serta permukaan yang sering disentuh.

Advertisement

“Insiden positif COVID-19 yang dilaporkan tidak dijangka akan mempengaruhi kewangan dan operasi syarikat kerana tidak ada gangguan pada operasi perniagaan di i-Stay @ Indahpura dan i-Stay @ Senai Airport City. Kos ujian COVID-19 ditanggung oleh majikan pekerja asing masing-masing,” katanya.

Sementara itu, AME telah menubuhkan pusat kuarantin berasingan yang terletak di luar lokasi. Kemudahan ini telah mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah Johor Bahru untuk memulakan operasi.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top