BM | EN | 中文

22 ALAT PENGUKUR TAHAP BAHAN PENCEMARAN TELAH DIPASANG DI PASIR GUDANG

gmbr-fail-tan-chen-choon.jpg

Adun Jementah, Tan Chen Choon

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Sebanyak 22 unit alat pengukur photoionization detector (PID) bagi memantau tahap bahan pencemar total volatile organic compound (TVOC) telah dipasang di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Manakala, berbaki empat unit lagi dijangka selesai pemasangan pada akhir November ini sebagai salah satu langkah diambil kerajaan Johor dalam memastikan insiden Sungai Kim Kim tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pengusaha kilang di sekitar daerah itu agar mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Advertisement

“Turut dilakukan perlaksanaan operasi bersepadu JAS dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) melalui rondaan, tinjauan dan lawatan ke atas industri.

“Pemantauan atau intipan dengan menggunakan drone juga telah dilaksanakan sejak Oktober lalu bagi membantu kerja penguatkuasaan yang lebih efektif dan sistematik.

“Pemantauan terhadap kilang-kilang yang menjana sisa buangan terjadual melalui sistem electronic schedule waste information system (E-SWIS) yang mampu mengesan pergerakan buangan terjadual daripada kilang pengeluar kepada kemudahan pelupusan yang dilesenkan oleh JAS juga dijalankan,” katanya.

Advertisement

Chen Choon (PH-Jementah) berkata demikian ketika menjawab soalan K Raven Kumar (BN-Tenggaroh) di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdahulu Raven bertanya apakah tindakan terperinci jangka masa panjang kerajaan negeri bagi memastikan tragedi Sungai Kim Kim di Pasir Gudang tidak berulang lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga melaksanakan kajian loading analysis dan carrying capacity bagi Pasir Gudang di mana melalui langkah itu dapat memberikan maklumat berkaitan senario beban pencemaran di daerah itu menerusi analisis permodelan.

Advertisement

“Melaluinya kita akan memberi cadangan tindakan kepada kerajaan Malaysia yang boleh dilaksanakan bagi memperbaiki situasi di kawasan perindustrian Pasir Gudang seterusnya mencadangkan pelan pelaksanaan berkaitan zon penampan yang selamat.

“Pada masa ini juga, unit Pasir Gudang JAS telah diwujudkan dan ditempatkan di Menara Aqabah, Pasir Gudang bermula 29 Ogos lalu dengan kekuatan empat anggota agar tindakan penguatkuasaan dapat diambil dengan lebih cepat dan efektif,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top