BM | EN | 中文

21,296 KES SALAHGUNA MEDIA SOSIAL

gmbr-fail-dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 28 NOV : Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) telah menerima sebanyak 21,296 maklumat daripada orang awam di media sosial, dalam lima minggu pertama platform khas, 3R (race,religion,royalty) yang ditubuhkan pada 17 Ogos lepas.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad, kerajaan komited dalam menyelesaikan masalah penyalahgunaan media sosial yang menganggu keharmonian masyarakat”

“Selain platform 3R yang membolehkan rakyat Malaysia memberi maklumat mengenai penyebar kandungan berunsur perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja, banyak lagi langkah yang diambil kerajaan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Terdahulu, Dzulkefly (PH-Kota Iskandar) menjawab soalan Dr Chong Fat Full (BN-Pemanis) mengenai tren penyalahgunaan media sosial.

Tambah Dzulkefly lagi, satu jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-MCMC telah ditubuhkan

Advertisement

“Jawatankuasa yang dianggotai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan SKMM ini berperanan untuk menyelaraskan tindakan penguatkuasaan yang lebih pantas dan bersepadu ke atas sebarang perlakuan jenayah siber di negara ini.

“Kerjasama ini membawa kepada serbuan di 14 lokasi di tujuh (7) buah negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak.

“Keterangan 14 suspek yang berusia antara 23 dan 61 tahun itu telah diambil untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 233 AKM 1998,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, SKMM juga giat dalam mendidik rakyat Malaysia supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah program Klik Dengan Bijak (KDB) yang diperkenalkan sejak 2012.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top