BM | EN | 中文

211 mangsa banjir ditempatkan di empat PPS yang dibuka

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Seramai 211 mangsa terdiri daripada 58 keluar di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang melanda beberapa daerah, di negeri ini semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, banjir tersebut menjejaskan beberapa kawasan di empat daerah.

Katanya, empat daerah tersebut adalah Kluang, Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Advertisement

“Sebanyak empat PPS dibuka, masing-masing satu di setiap daerah terlibat setakat jam 7 pagi, hari ini.

“PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jubli Intan, Renggam; Balai Raya Kampung Baru Saleng; SK Sri Bunian dan Dewan Raya Kampung Batu 10,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top