BM | EN | 中文

21 MP temasuk dari Johor minta benarkan peniaga makanan beroperasi selepas 8 malam

jarak-sosial-kedai-makan-SOP-Covid-19.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JAN: Seramai 21 ahli parlimen pembangkang menggesa kerajaan melanjutkan waktu perniagaan makanan di negeri yang dilaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Enam ahli parlimen dari Johor yang mahu semakan semula arahan tersebut adalah Salahuddin Ayub (Pulai), Teo Nie Ching (Kulai), Yeo Bee Yin (Bakri), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Syed Saddiq (Muar) dan Wong Shu Qi (Kluang).

Kenyataan itu disokong Darell Leiking (Penampang), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut), Baru Bian (Selangau), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Khalid Samad (Shah Alam), Maria Chin (Petaling Jaya), Teresa Kok (Seputeh), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Kasthuriraani Patto (Batu Kawan) Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Merbok).

Advertisement

Menurut mereka masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang menyusahkan orang ramai yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja.

Malah makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

Tambahnya kebenaran operasi mengikut lesen perniagaan akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah.

Advertisement

“Ini kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.

“Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki SOP ini kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

“Kami juga menggesa kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi.

Advertisement

“Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top