BM | EN | 中文

21 laporan polis, 4 pertuduhan dibuat penyebaran maklumat palsu Covid-19

IMG-20200214-WA0031.jpg

KULAI, 4 FEB: Sebanyak 21 laporan polis dibuat manakala empat pendakwaan telah dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 susulan penyebaran maklumat palsu berkenaan koronavirus (Covid-19) di Johor.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, pendakwaan berkenaan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara satu tahun.

Katanya, terbaru terdapat satu kes penyebaran maklumat palsu di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Kulai Besar di mana pagi tadi pihak jabatan kesihatan telah mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu.

“Saya minta rakyat sebelum terima maklumat buat pertimbangan dahulu sebelum tularkan. Kalau tidak pasti jangan kongsi.

“Pendakwaan bukan sekadar dikenakan kepada mereka yang memulakan penulisan tetapi juga boleh dikenakan kepada mereka yang menyebarkan berita tersebut.

“Kita tidak mahu wujudkan suasana panik. Rakyat boleh merujuk laman sesawang Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penerangan tentang perkara terkini dan langkah-langkah perlu diambil mengenai Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media Program Info On Wheels di TJ Mart Kulai, hari ini.

Tambahnya, disamping itu orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat sahih di laman sesawang sebenarnya.my di bawah Kementerian Komunikasi.

Katanya, melalui platform itu rakyat boleh mengetahui kesahihan berita untuk mengelakkan daripada terjebak menularkan berita palsu.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top