BM | EN | 中文

21 DITAHAN DALAM OPS SARANG/PEMUTIHAN BERSEPADU

sarang-dadah.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 21 OKT : Seramai 21 ditahan menerusi Ops Sarang/Pemutihan Bersepadu yang dijalankan di kawasan semak dekat tepi Jalan Aman, Taman Damai Jaya, Skudai, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Dzulkhairi Mukthar berkata, kesemua yang ditahan berumur 30 hingga 40 an kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

“18 yang ditahan disiasat oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan tiga lagi pula oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Dzulkhairi berkata, operasi yang disertai 17 anggota serta tiga pegawai itu turut merampas heroin dan syabu seberat 3.46 gram dan bernilai RM191.20.

Ujarnya lagi, objektif operasi adalah mengenalpasti pengedar dadah untuk siasatan lanjut dan membuat pemutihan disekitar kawasan pentadbiran IPD Iskandar Puteri terutama kawasan Pentadbiran Balai Polis Nusa Bestari seterusnya dapat membantu dalam menurunkan kadar jenayah indeks.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top