BM | EN | 中文

205 mangsa masih ditempatkan di enam PPS akibat banjir

poster-banjir.jpg

SEGAMAT, 24 DIS: Setakat jam 10 pagi ini, seramai 205 mangsa masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka akibat banjir di daerah ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan, kesemua mangsa melibatkan 49 buah keluarga.

“Antara PPS yang masih beroperasi adalah Balairaya Kampung Batu Badak, Kompleks Penghulu Pogoh, Balairaya Gemereh, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Simpang Loi, Dewan Kampung Tandong dan Balairaya Bukit Tunggal.

“Sementara itu, PPS yang telah ditutup operasi pada jam 9 pagi tadi adalah Balairaya Kampung Sanglang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, APM akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top