BM | EN | 中文

2020 ‘ONG’ BAGI JOHOR

Bendera-Johor.jpg

JOHOR BAHRU, 22 OGOS: Tahun 2020 istimewa buat Johor kerana kan menjadi tuan rumah bagi kejohanan Sukan Malaysia ke-20 (Sukma XX) dan juga dalam masa sama tahun 2020 dipilih sebagai ‘Tahun Melawat Johor’.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, persiapan rapi sedang dilakukan bagi memastikan Sukma XX Johor 2020 berjalan dengan lancar dan penuh gilang gemilang.

Tambahnya Adun Kota Iskandar tersebut, sempena Tahun Melawat Johor pula, kerajaan negeri juga telah menambah baik destinasi dan menjenamakan semula produk-produk pelancongan dalam negeri.

“Kita mempunyai 10 daerah di Johor yang mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan”, katanya pada Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih 2019 di sini, hari ini.

Dzulkefly juga menyeru kepada warga Johor untuk memainkan peranan selaku “duta kecil” dan membantu merancakkan lagi program besar negeri ini pada tahun hadapan.

“Ambillah peluang dengan kedatangan kontijen sukan dari seluruh negeri di Malaysia untuk mempromosikan negeri Johor yang kaya dengan budaya dan tradisi, makanan yang sedap-sedap, tempat-tempat menarik dan sebagainya untuk menambahkan lagi pendapatan dan ekonomi”.

“Gunakanlah kesempatan Sukma di Johor nanti untuk merancakkan lagi sektor pelancongan sempena Visit Johor 2020.”

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top