BM | EN | 中文

2019 TAHUN BERMAKNA FOREST CITY, BANYAK PENCAPAIAN DIRAIH

Forest-City.jpeg
Advertisement

GELANG PATAH, 14 DIS: Tahun 2019 adalah tahun yang bermakna untuk Forest City, dengan banyak pencapaian yang diraih, kata Pengurus Besar Pengurusan Jenama, Zhou Jun.

Menurutnya, kejayaan Forest City selama ini berdasarkan sokongan dari rakan media dan jalinan kerjasama lebih erat itu akan diteruskan.

“Ia bukan pekerjaan yang mudah, namun kami tidak dapat pergi sejauh ini tanpa sokongan daripada rakan media.

Advertisement

“Anda adalah yang telah membantu kami menyebarkan pencapaian kami kepada jutaan isi rumah,” katanya dalam ucapan pada majlis jamuan makan malam apresiasi bersama media di Forest City Phoenix International Marina Hotel, semalam.

Kata Zhou Jun, media adalah di antara pihak yang dapat memerhatikan perkembangan dan ‘keajaiban’ Forest City semenjak dari permulaan pembinaannya, yang boleh dianggap sebagai antara model utama bandar raya pada masa akan datang.

“Forest City adalah projek impian. Bukan hanya impian pengasas kami, tetapi juga impian mereka semua yang bekerja di sini.

Advertisement

“Semua disini yang mendedikasikan diri bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan penuh semangat bagi menjayakan projek ini,

“Hari ini, seperti yang anda lihat, bandar ini semakin membangun dan impian kami menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan dedikasi kami ke arah impian yang hebat ini,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pengurus Besar Forest City, Ir Syarul Izam Sarifudin (gambar, kiri) berkata pihaknya berharap dan sentiasa cuba meneroka peluang kerjasama bersama pihak media, sama ada yang berskala kecil, sederhana mahupun besar.

Advertisement

“Sepanjang kewujudan projek Forest City sejak tiga tahun yang lalu, kami telah menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pengamal media melalui liputan-liputan media yang positif.

“Diharap kerjasama rapat yang terjalin setelah sekian lama akan diteruskan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top