BM | EN | 中文

2019-nCOV- MAH dan MyBHA tawar pembatalan tempahan bilik percuma untuk pelancong China

IMG-20200126-WA0012.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JAN: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Johor dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Johor telah menawarkan pembatalan tempahan bilik secara percuma (free room cancellation) bagi pelancong dari negara China.

Pengerusi MAH Cawangan Johor, Ivan Teo berkata, hotel-hotel juga telah menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman tangan di premis masing-masing.

“Hotel-hotel dibawah MAH juga mempunyai pengalaman dalam mencegah ancaman wabak SARS pada tahun 2003 dan kakitangan telah dilatih berkenaan prosedur kuarantin penyebaran maklumat.

Advertisement

“Persatuan kami juga bekerjasama erat dengan pejabat Konsulat Singapura ke Johor berkenaan kemasukan pelancong dari negara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi MyBHA Johor, Jarod Chia menasihati kakitangan hotel supaya bertanya tetamu terlebih dahulu tentang aktiviti perjalanan mereka semasa proses pendaftaran masuk.

“Kami sentiasa memantau situasi terkini berkernaan wabak ini dan akan meneruskan kerjasama bersama Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan maklumat yang disebarkan adalah sahih dan benar,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Johor, .9Jimmy Leong Wie Kong telah memaklumkan semua pemandu pelancong supaya sentiasa memakai topeng muka dan memantau keadaan kesihatan kumpulan-kumpulan mereka.

Beliau turut mengingati pemandu-pemandu pelancong supaya bertindak segera dan melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Kesihatan atau persatuannya sekiranya ada pelancong yang kurang sihat dalam kalangan kumpulan yang dibawa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top